Tiada kompromi: Sultan Pahang, PMX dan MB tegas membanteras Pencerobohan Tanah Haram

Ketegasan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Pahang memperlihatkan pendirian yang seiring: pencerobohan tanah tanpa kebenaran mesti ditangani dengan penguatkuasaan yang berkesan dan berlandaskan undang-undang.

Di peringkat Persekutuan, Anwar pada 5 Oktober lalu memberi amaran bahawa pencerobohan tanah tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan perancangan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-83, beliau turut menekankan keperluan memperkukuh penguatkuasaan serta memastikan pengurusan tanah mengambil kira kelestarian alam sekitar.

Pendirian itu selari dengan ketegasan Sultan Pahang yang berulang kali mengingatkan bahawa tanah negeri perlu dipertahankan daripada penerokaan dan penguasaan secara haram.

Pada 1 September lalu, baginda menitahkan kerajaan negeri serta agensi berkaitan supaya terus memantau dan mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah di seluruh Pahang secara lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang. Titah tersebut direkodkan dalam laporan rasmi Kesultanan Pahang.

Malah, pada 1 Ogos lalu, baginda turut menegaskan bahawa penguatkuasaan tidak seharusnya tunduk kepada kedudukan, pengaruh atau latar belakang pihak yang terlibat. Baginda juga menegur pihak yang menggunakan pertubuhan, pentas politik dan pengaruh tertentu untuk mencampuri urusan penguatkuasaan.

Pahang perkukuh penguatkuasaan melalui UPNP

Di peringkat pentadbiran negeri, pendirian tersebut diterjemahkan melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Menurut laporan media bertarikh 26 Oktober, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang menjadi negeri pertama mempunyai pasukan penguatkuasaan sendiri bagi menjaga kepentingan negeri serta mencegah ketirisan hasil.

Skopnya merangkumi usaha membanteras pencerobohan tanah, pembalakan haram dan kecurian pasir. Wan Rosdy turut menjelaskan bahawa pendekatan kompaun sebelum ini belum berjaya menghentikan kegiatan berkenaan, sehingga kerajaan negeri mengambil pendirian untuk membawa kes penerokaan tanah haram ke mahkamah.

Menurut beliau, tindakan lebih tegas itu bertujuan membendung pelanggaran dan melindungi khazanah negeri.

Dalang ceroboh tanah Bera dan Chemomoi perlu diambil tindakan tegas

Prinsip penguatkuasaan yang sama sewajarnya diterapkan terhadap isu tanah di Tasik Bera dan Chemomoi.

Pahang Report menerbitkan dakwaan mengenai kegiatan penerokaan komersial serta pihak yang dikatakan mempunyai kepentingan dalam pertikaian tanah di Tasik Bera. Banyak persoalan tentang pembiayaan pembukaan kawasan, pengurusan ladang dan penerima hasil tanaman. Siasat juga penglibatan pemimpin PKR seperti Romani Mohamad dan Manolan Mohamad yang menceroboh tanah lebih 300 ekar. Dalam masa sama mereka menggunakan orang asli sebagai alat untuk menyokong mereka.

Begitu juga di Chemomoi, berlaku pengusahaan ladang tanpa kebenaran oleh gangster Tamilchelvam bersama anaknya Siva sehingga berani bertindak menghalang penguat kuasa menggunakan orang melayu. Laporan polis dibuat terhadap Siva kerana melakukan kekasaran kepada penjawat awam.

Baru-baru ini penceroboh tanah Chemomoi Thamilchelvam dan Siva ada membuat pertemuan dengan Setiausaha Politik PMX namun semua ini telah diputuskan oleh PMX bahawa tegas dalam membenteras pencerobohan tanah haram.

Apapun mana-mana pihak berhak mengemukakan rayuan atau mendapatkan penjelasan daripada pemimpin. Namun, pertemuan dengan pihak atasan tidak boleh dianggap sebagai kelulusan tanah atau jaminan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dihentikan.

Sekiranya pencerobohan dibuktikan, tindakan sewajarnya mesti diteruskan tanpa mengira hubungan politik, kedudukan atau pengaruh pihak terbabit. Begitu juga, sebarang dakwaan menghalang penjawat awam perlu disiasat berdasarkan bukti.

Titah Sultan Pahang, amaran Perdana Menteri dan pendirian kerajaan negeri memberikan asas yang jelas untuk penguatkuasaan yang konsisten. Bagi Bera, Chemomoi atau mana-mana kawasan lain, ukuran akhirnya mestilah bukti, kesahan pengusahaan dan pematuhan undang-undang.

Related Posts

Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

Mengapa Himpunan Aman anjuran Jawatankuasa Mempertahankan Tanah Pengusaha FELDA Chemomoi pada 31 Oktober 2026 di ruang parkir awam bersebelahan Pejabat JPKK FELDA Chemomoi, Pelangai gagal dan tidak mencapai sasaran kehadiran…

  • Utama
  • November 11, 2026
Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

Anthony Loke akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 November 2026, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman kes SRC International…

You Missed

Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

  • November 16, 2026
Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

  • November 15, 2026
Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

  • November 15, 2026
BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

  • November 13, 2026
Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

  • November 11, 2026
Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah

  • November 7, 2026
Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah