Pihak editorial Pahangreport memaklumkan bahawa portal ini mengalami sekatan akses. Buat masa ini, pembaca masih boleh melayarinya menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN).

Gangguan akses ini berlaku selepas beberapa siri penerbitan Pahangreport mengenai dakwaan penglibatan pemimpin PKR Pahang dalam urusan tanah di Bera dan Hutan Simpan Kemasul (Tambahan), serta persoalan berhubung penjualan aset Railway Assets Corporation (RAC) berkaitan KTM yang mengaitkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Setiausaha DAP yang belum lagi meletak jawatan selepas Najib menjalani hukuman penjara di rumah.

Alamat laman sesawang (URL) baharu akan dimaklumkan selepas ini.

Editorial Pahangreport

16 November 2026