ADUN Semambu gesa siasat dakwaan penerima bakul makanan didaftar ahli PKR

PETALING JAYA: ADUN Semambu, Chan Chun Kuang menggesa siasatan menyeluruh dijalankan terhadap dakwaan penerima bakul makanan daripada PKR Cabang Indera Mahkota didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka.

Beliau berkata, dakwaan yang tular di media sosial itu perlu dipandang serius bagi memastikan perkara sebenar diperjelaskan dan tindakan sewajarnya diambil sekiranya berlaku pelanggaran prinsip atau tatacara parti.

Chun Kuang menegaskan beliau sama sekali tidak bersetuju sekiranya bantuan kepada rakyat dijadikan medium untuk mendapatkan keahlian atau sokongan politik.

Menurutnya, setiap bantuan hendaklah disalurkan berdasarkan keperluan dan keadaan penerima tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik.

Beliau berkata, penyertaan dalam parti politik seharusnya lahir daripada keyakinan terhadap idealisme, prinsip dan wawasan yang diperjuangkan, bukannya dipancing melalui bantuan kewangan, barangan atau apa-apa bentuk habuan.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak parti menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut bagi memastikan nama baik dan integriti parti terus dipelihara.

Chun Kuang turut menegaskan bahawa bantuan kepada rakyat mesti kekal sebagai tanggungjawab dan amanah, bukannya dijadikan alat politik.

Baginya, bantuan merupakan hak golongan yang memerlukan, manakala keahlian parti perlu berasaskan keyakinan dan kesedaran individu.

  • Related Posts

    Jual dan pajak semula aset rel RAC–KTMB kepada SMH Rail milik Datuk Narayana: Menteri DAP Anthony Loke perlu jelaskan kos RM5.851 bilion bagi konsesi 25 tahun

    KUALA LUMPUR: Sebuah program memulihkan armada kargo Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) meletakkan aset Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dalam aturan jual dan pajak semula dengan syarikat swasta selama 25 tahun.…

    [VIDEO] Romani dan Bob Manolan: Pemimpin PKR dalang pencerobohan lebih 200 ekar hutan simpan, curi balak dan peralat Orang Asli

    BERA — Siapa membiayai pembukaan tanah, siapa mengurus ladang dan siapa menerima hasilnya? Tiga persoalan ini perlu dijawab dalam pertikaian tanah di Tasik Bera, terutama selepas pihak penguat kuasa mengesyaki…

    You Missed

    Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

    • November 16, 2026
    Portal Pahangreport disekat boleh akses guna VPN

    Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

    • November 15, 2026
    Pencerobohan tanah haram: Demo ‘Tapping Right’ Chemomoi gagal, penganjur dapat ‘pau’ RM11,900 daripada pendemo

    BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

    • November 15, 2026
    BN-PN umum kuasai 24 kerusi, Ab Rauf dicalon kekal Ketua Menteri Melaka

    Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

    • November 13, 2026
    Analisis PRN Melaka: ILHAM Centre unjur BN–PN mendahului 24 kerusi, PH sukar meluaskan sokongan

    Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

    • November 11, 2026
    Najib pulang, Loke letak jawatan — Urus niaga aset rel RAC–KTMB dijual kepada taikun India dan RM314 juta hasil JPJ wajar disiasat

    Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah

    • November 7, 2026
    Agong beri amaran: Pertikai titah tahanan rumah Najib menjurus kepada mengingkari perintah